Featured

4 Punca sakit kepala secara tiba-tiba, No 4 Ramai terlepas pandang

Cuba anda bayangkan bila tiba-tiba kepala anda terasa berdenyut-denyut sakit? Rasa ini tentu bercampur-baur dengan rasa kesal, namun tetap bersabar menahan kesakitan.
.
Sakit kepala yang muncul secara tiba-tiba ini biasanya disebabkan oleh pelebaran salur darah di dalam otak dan perubahan kimia di dalam badan. Penyebab lain untuk sakit kepala tiba-tiba ini termasuklah akibat kekurangan pengambilan Air masak yang cukup.
.
Selain itu, terdapat beberapa punca sakit kepala seperti berikut;

.
Tekanan Emosi (Stress)
Tekanan, kemurungan, dan kebimbangan boleh menyebabkan sakit kepala secara tiba-tiba. Selain itu, terlalu banyak bekerja, kurang tidur dan lewat makan juga boleh menyebabkan gejala sakit kepala secara tiba-tiba.

.
Sinus
Rongga yang terdapat dalam rangkaian tulang tengkorak muka boleh menyebabkan rasa pening atau sakit secara tiba-tiba. Jika terdapat keradangan atau pembengkakan di kawasan sinus, kesakitan akan terasa hingga ke kepala.
.
Keadaan ini biasanya berpunca daripada demam. Pemeriksaan perubatan diperlukan untuk menentukan sama ada terdapat jangkitan dalam rongga sinus atau tidak.

.
Ubat-Ubatan
Tanpa disedari ubat penahan sakit juga boleh menyebabkan sakit kepala muncul secara tiba-tiba. Oleh itu, mereka yang kerap mengambil ubat penahan sakit perlu berhati-hati.


.
Terlalu Memikirkan Urusan Pindah Rumah
Tekanan dan keletihan fizikal yang dialami semasa mengemas, memindahkan barang, dan menetapkan semula perabot boleh menyebabkan ketegangan otot dan tekanan emosi. Keadaan ini punca sakit kepala yang muncul secara tiba-tiba. Jadi, adalah penting untuk anda menggunakan Khidmat Pakar yang terlatih.
.
Untuk mengurangkan kesakitan kepala dengan cepat, cuba minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas. Selain daripada air putih, cuba minum jus tembikai, tembikai susu, nanas, dan strawberi. Kandungan mineral dan vitamin dalam buah-buahan ini dapat membantu mengekalkan tubuh daripada mengalami dehidrasi.

Amalan-amalan Sebelum memasuki rumah baru

Ramai pelanggan Pindah Rumah Nik tanya tentang amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan sebelum masuk ke rumah baru mereka. Bila masuk rumah baru yang sebelum ni tak berpenghuni sebab lama ditinggalkan atau rumah baru siap, bimbang sekiranya ada makhluk-makhluk lain yang menumpang tinggal tanpa kita sedar. Jadi amalan-amalan ini bertujuan untuk mengharapkan keselamatan dan perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan dan gangguan syaitan.

Disini Nik nak bagi sedikit amalan-amalan kita sebagai umat islam sebelum memasuki rumah baru. Boleh diamalkan sebelum team operasi JWL nak hantar barang pindah rumah dari rumah lama ke rumah baru. Nanti sampai masa pindah rumah, hanya masuk susun-susun je barang di rumah baru.

1. Laungkan Azan di rumah baru

Sebaiknya laungkan azan di rumah tak berpenghuni atau sudah lama ditinggalkan Ketika pertama kali memasuki rumah. Hadis Rasulullah s.a.w pernah berkata yang bangunan yang lama tak dihuni manuis atau ditiggalkan kosong terlalu lama, ianya akan dihuni oleh makhluk halus yang suka tinggal di tempat-tempat tidak dihuni manusia.

2. Membaca Surah al-Baqarah di rumah baru

Sebelum mula pindah rumah atau pindahkan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru, sebaiknya perdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, Maksudnya:

Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah”.

Hadis Riwayat Muslim (780)

3. Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.”

Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah

4. Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu

Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda maksudnya:

“Apabila seseorng masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.”

Hadis Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765) dan lain-lain

5. Memberi salam

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma berkata maksudnya:

“Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.”

Hadis riwayat al-Bukhari  (1055) dalam al-Adab al-Mufrad. Ibn Hajar al-Asqalani berkata sanadnya hasan.

Sumber : Mufti WP

Pakej pindah rumah mesra pelanggan daripada Jembal Movers

Pakej-pakej yang ditawarkan dalam perkhidmatan lori sewa pindah rumah/ angkat barang/ pindah pejabat/ pindah kilang adalah:

1. PAKEJ SILVER
2. PAKEJ GOLD
3. PAKEJ PLATINUM
Pakej-pakej ini diwujudkan bagi memberi keselesaan dan pilihan kepada anda mengikut jumlah barangan yang perlu anda pindah.

Kelebihan pakej ini kepada anda:

1. Memberi pilihan mengikut kesesuaian anda yang ingin menggunakan perkhidmatan lori sewa.

2. Memudahkan anda dalam urusan perpindahan rumah, pejabat, kilang ataupun apa sahaja.

3. Meringankan beban anda dalam urusan pindah.

Di sini kami huraikan secara ringkas apa itu pakej tersebut:

1. Pakej SILVER

Pakej ini boleh dikatakan sebagai pakej bajet. Kami angkat barang dan pindahkan ke destinasi yang anda tentukan.

2. Pakej GOLD

Kami akan mengangkat barangan yang ingin dipindah. Kemudian, barangan ini akan dipasang seperti pemasangan almari ataupun katil.

3. Pakej PLATINUM

Pakej ini bertujuan memudahkan anda daripada mula sehingga akhir. Senang kata, anda hanya perlu arah manakala selebihnya akan kami uruskan. Anda hanya perlu masuk rumah baru sambil tersenyum sahaja.