4 Punca sakit kepala secara tiba-tiba, No 4 Ramai terlepas pandang
1

Cuba anda bayangkan bila tiba-tiba kepala anda terasa berdenyut-denyut sakit? Rasa ini tentu bercampur-baur dengan rasa kesal, namun tetap bersabar menahan kesakitan.
.
Sakit kepala yang muncul secara tiba-tiba ini biasanya disebabkan oleh pelebaran salur darah di dalam otak dan perubahan kimia di dalam badan. Penyebab lain untuk sakit kepala tiba-tiba ini termasuklah akibat kekurangan pengambilan Air masak yang cukup.
.
Selain itu, terdapat beberapa punca sakit kepala seperti berikut;

.
Tekanan Emosi (Stress)
Tekanan, kemurungan, dan kebimbangan boleh menyebabkan sakit kepala secara tiba-tiba. Selain itu, terlalu banyak bekerja, kurang tidur dan lewat makan juga boleh menyebabkan gejala sakit kepala secara tiba-tiba.

.
Sinus
Rongga yang terdapat dalam rangkaian tulang tengkorak muka boleh menyebabkan rasa pening atau sakit secara tiba-tiba. Jika terdapat keradangan atau pembengkakan di kawasan sinus, kesakitan akan terasa hingga ke kepala.
.
Keadaan ini biasanya berpunca daripada demam. Pemeriksaan perubatan diperlukan untuk menentukan sama ada terdapat jangkitan dalam rongga sinus atau tidak.

.
Ubat-Ubatan
Tanpa disedari ubat penahan sakit juga boleh menyebabkan sakit kepala muncul secara tiba-tiba. Oleh itu, mereka yang kerap mengambil ubat penahan sakit perlu berhati-hati.


.
Terlalu Memikirkan Urusan Pindah Rumah
Tekanan dan keletihan fizikal yang dialami semasa mengemas, memindahkan barang, dan menetapkan semula perabot boleh menyebabkan ketegangan otot dan tekanan emosi. Keadaan ini punca sakit kepala yang muncul secara tiba-tiba. Jadi, adalah penting untuk anda menggunakan Khidmat Pakar yang terlatih.
.
Untuk mengurangkan kesakitan kepala dengan cepat, cuba minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas. Selain daripada air putih, cuba minum jus tembikai, tembikai susu, nanas, dan strawberi. Kandungan mineral dan vitamin dalam buah-buahan ini dapat membantu mengekalkan tubuh daripada mengalami dehidrasi.

Facebook
Telegram
Twitter
WhatsApp
Email

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *